Wednesday 27 February 2013

In Sha Allah




Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...

Ya Allah, Kau ampunilah segala dosa yang telah ku lakukan. Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas. Kau lapangkanlah dada ku. Kau berikanlah aku kekuatan fizikal dan mental. Kau peliharalah lidahku daripada kata-kata dusta. Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran dari Mu. Berikanlah aku sifat kasih dan cinta kepada insan yang ku sayangi..


Ya Allah, berikanlah aku kekuatan & keyakinan untuk terus bersamanya. Lindungilah hambamu ini daripada dikecewakan. Sekiranya dia adalah pilihan Mu di Arash, maka Kau kekalkanlah rasa kasih dan cinta ini untuk nya. Sekiranya dia adalah suamiku yang akan membimbing tanganku di titian Mu, maka Kau kurniakanlah aku dengan sifat kasih dan redha atas segala perbuatanya. Sekiranya dia adalah yang terbaik untukku daripada berjuta kaum Adam di dunia ini, maka Kau peliharalah tingkah laku serta kata-kataku 
daripada menyakiti perasaannya.. Jika dialah jodoh yang telah Engkau rahmati maka berikanlah aku kesabaran untuk menghadapi segala karenah dan ragamnya. 


Ya Allah .. seandainya telah Engkau catatkan dia milikku & tercipta buatku, satukanlah hatinya dengan hatiku. Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi.. Ya Allah .. Ya Tuhan ku yang maha mengasihani, seiringkanlah kami melayari hidup ini ke tepian yang sejahtera dan abadi.. maka jodohkanlah kami. Ya Allah .. Ku mohon apa yang telah Engkau takdirkan. Ku harap dia adalah yang terbaik untukku kerana Engkau tahu segala isi hatiku. Peliharalah kami dari kemurkaan Mu..



Amin.. Ya Rabbal Alamin....



Wednesday 13 February 2013

HAPPY NEW YEAR !



Assalamualaikum u olls! :)

lama dah aku x hupdate blog ni owwh.. bulan berganti bulan, tahun berganti tahun . baru sedar yg aku ada create my own blog rupa2 ny. . . haha . xpa... InsyaAllah lepas nih aku akan merajinkan diri yg xberapa nak rajin nih update selaluu yaww.. 

rasa2nya belum terlambat untuk aku ucapkan "HAPPY NEW YEAR" kpd korang semua !