Friday 30 November 2012

MADAH BUAT WANITA

*  *  *

dear insan yang bergelar wanita...



*  *  *  


Jangankan lelaki biasa, 
Nabi pun sunyi tanpa wanita. 
Tanpa mereka...,
Fikiran dan perasaan lelaki akan menjadi resah.
Masih mencari walau ada segalanya, 
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok itu,
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus..... 
Mana mungkin kayu yang bengkok 
Menghasilkan bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah S.W.T 
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.

Didiklah mereka dengan panduanNya,
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta,
Kerana nantinya mereka akan liat.
Janganlah butakan mereka dengan kecantikan,
Kerana nantinya mereka menderita. 
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal.
Disitu punca kekuatan dunia..!


Wednesday 14 November 2012

Happy Birthday !

Dear my beloved family's & friends . . 



30 OKTOBER 1993 

Happy belated birthday bro! Yang ni.. adek aku.  Muhammad Azarulnisman bin Jahnes  Polis..? Xla.. angan2 jak... hehe.. Xpa.. rezeki Allah ada dimana-mana dik... Sempena bday kau.. aku doakan... semoga panjang umur & dmurahkan rezeki selalu... toksah nak bergerek serius bagai nak rak. nanti mak marahh..~ habeskan ja study dulu.. bnyak lagi benda yg kena buat. Tanggungjawab anak lelaki 1st. Kena ingat.. kalo aku cucu perempuan yg 1st skali... ko plak cucu lelaki yg 1st. hahaha...  Besar tau tanggungjawab kta ber2 ni.. jangan hampakan parents. Ingat.. susah payah parents nk besarkn kita... Adek2 yg kecikk2 tu jgn lupa.. Kau lah role model deorang sb kau lelaki, aku pompuan.. Kalo deorang ikut aku, kang jadi sutun plak..susahhh.. hehe.. so... Jadilah abang yang baek & anak yang mendengar kata okayyy ? 
^_^



14 NOVEMBER 19**

Happy birthday Angahhh! Yang ni plak...aunty aku a.k.a mak aku no 2. Hehe.. bukan bermaksud bapak aku ada 2 bini.. tapi... aku rapat ngn dia cam aku rapat ngn mak aku.. maybe disebabkan oleh aku anak buah deorang yang 1st kot? hehe.. aku doakan moga2 angah dimurahkan  rezeki selalu *bolehh la belanja aku selaluu...hehe* dan dipanjangkan usia...~ tidak lupa juga.. semoga cepat2 bertemu jodoh yang dapat membahagiakan di dunia & di akhirat kelak.. xpa kalo belum ada jodoh... dapat jadi bidadari di syurga nanti.. aminnnnn
^_^


14 NOVEMBER 1991

Happy birthday suee.........! hehe.. yang ni..... Rossexssu binti Martin salah sorang BFF aku.  Xpayah nak usha.... orang punyer ni..... kang xpasal2 kena tembak ngan encik sujar.. nak ke?? haha. okay... semperna birthday kau...aku doakan.... semoga kau dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki selalu... walau apa pun dugaan yang datang.. hadapilah dengan tenang okay? kteorg sentiasa ada untuk kau. chewwah! hehe.. tp betol la.... ape guna kawan kan..? aku dh anggap korang cam adek aku da...... dh dok 1 hostel ni.. xkan la nak anggap korang cam strangers kan? hehe.. xpa.. walaupun kau agak boboyboy.. aku tetap akan bantu kau nak jadi girl. dont worry..! haha..  apa2 pun...... semoga kau n encik sujar kau bahagia hingga ke jinjangg pelamin......aminnnnnn...  tapi........ habeskan stadi dulu tau! jangan sebok dok fikir nak kawen. Life masih muda lagi.... n tanggungjawab to family masih banyak. makin la kau tu anak bongsu ye cho. hehe.. jagan marahh.. birthday girl x bole nak marah2...
^_^


and last but not least..


14 NOVEMBER 1989

Yang ni pulak..... Boyfriend in the future kot! hehe. Happy birthday Aliqq! baru hari ke 3 kenal. hehehe.. terimalah hakikat yg kau dah tua.. haha..even tua setahun ja dari aku.. tetap gak tua. hehe.. anyway... aku doakan...moga2 kau dpanjangkan umur & dmurahkan rezeki slalu.. aminn...lagi...  kerja rajin2...jgn curik tulang ja.. haha... banyak yang aku blom tahu pasal kau ni. need to know u more dude! tu pun kalo kau tahan nk berkawan ngn aku. hehe.. Sediakan diri dgn hati yg kental & tahap kesabaran mestilah tinggi! tu yang penting. haha.. lama2 nanti, kau akn tau la camna perangai aku. N honestly, apa yg aku cakap kat kau b4.. aku main cakap ja. jujur. aku xtipu pun. sb aku tau, xda faedah nak tipu2 ni. dapat dosa ada la... hahaha... by the way.. i let u know more about me after this okayy mr.crobeh? hehe.. so skrg dh dapat jawapan kan???
^_^




** see .. kira ramai my beloved person yg sama date of birth.. just tahun yg membezakan.. olh sb tu.. aku harap... kita semua mendapat keberkatan dalam kehidupan olehNya.. aminn **

syukur ! :)

Ya Allah . . 
Terima kasih
Untuk usia yang telah Engkau berikan . . 
Rezeki yang telah Engkau kurniakan dan 
Setiap cubaan yang Engkau turunkan . . 

Ya Ghaffar . . . 
Ampunilah segala dosaku ,
Dosa kedua ibu bapaku . .
Dan kasihanilah mereka
Sebagaimana mereka 
Memelihara dan mendidik ku semasa kecil . . . 

Ya Muhaimin . . .
Pimpinlah hati ku ini . . 
Pimpinlah langkah ku ini . . 
Akan sentiasa berpijak di atas kebenaran 
dan
Bimbinglah aku 
Aagar aku sentiasa mampu meniti di titian siratulmustaqim Mu 
dengan tenang dan mudah tanpa cela . . . .

Aminn....

Muhasabah Diri

Di awal tahun baru hijrah, 
Ku sujud menghambakan diri kepadaMu. 
Hati ini terus merintih mengenangkan dosa lalu, kotornya diri dengan maksiat dan noda. 
Lemahnya jiwaku berhadapan dengan dunia, lalainya diriku dari mengingatiNya.. 
Astaghfirullahal 'adzim...... 
Banyaknya kekurangan diri ini, 
ampunilah hambaMu ini Ya Allah...


Aku sedar, 
Jiwa yang ketandusan taqwa, terdorong untuk melakukan apa sahaja. 
Sanggup untuk menentang arus Ilahi. Yang difikir hanyalah untuk kepuasan diri semata-mata. 
Maka apabila dosa telah larut, gelaplah hati, kotorlah jiwa, murunglah diri. I
tulah fitrah pendosa yang leka dari penciptaNya.


Namun, 
apabila iman hadir di jiwa... maka hati mula bekerja. 
Baru ku sedar batapa jauh diriku daripadaMu Ya Allah. 
Asyik sibuk untuk dunia hinggakan solat sering ku tunda, Al-Quran pun malas dibaca. 
Lidahku kotor dengan kata-kata dusta, mata ini tidak ku jaga daripada perkara dosa dan telinga ini mendengar apa yang tidak sepatutnya.


Ya Allah..,
Jauh sekali diriku dengan peribadi kekasihMu.., 
Kau teladan terbaik bagi seluruh umat. Ingin sekali aku mencontohi peribadimu Ya Rasulullah.. 
Meskipun dirimu suci tanpa dosa, solat malam tidak pernah kau lupa.  
Munajatmu di tengah malam menjadi rutin harian. 
Pengharapanmu pada Tuhan terlalu tinggi. 

Sedang aku...??
Hamba yang penuh dosa..... 
Solat fardhu pun kurang dijaga, apatah lagi solat malam seperti mu, Ya Nabiyullah..


Sungguh.....!
Aku ingin berubah menjadi hambaMu yang taat. 
Aku takut akan azab kubur, aku gerun dengan dahsyatnya nerakaMu dan kurindukan nikmat syurga. Jadi........ 
Ku pohon kepadaMu wahai Tuhan.. 
Campakkanlah ke dalam hati ini niat yang tulus. I
ngin sekali aku berdiri dihadapanMu dengan jiwa yang tunduk. 
Ingin sekali aku rukuk padaMu dengan hati yang pasrah dan ingin sekali aku sujud ke hadhratMu dengan penuh kehambaan..


Ya Rahman..Ya Rahim..
Sucikan hatiku dari sifat munafik..
Sucikan amalku daripada riak, sucikan lidahku daripada dusta dan mataku dari khianat. 
Jadikanlah diriku seorang anak yang solehah.. yang bisa mendamaikan hati Ummi dan Abiku. 
Jadikanlah aku mukminat yang solehah kerana mukminat solehah itu lebih cantik dari bidadari syurga.. dan...kurniakanlah aku kesabaran untuk menunaikan ketaatan kepadaMu. 
Anugerahkan aku kesabaran dalam meninggalkan maksiat padaMu. 
Jadikanlah hati ini sentiasa mengingatiMu agar dapat ku miliki sekeping hati yang tenang,, jauh dari hasad dengki dan kepalsuan dunia. 
Hadirkanlah cintaku kepadaMu mengatasi segalanya agar Kau temukan hati yang terbaik buat diriku. 
Moga dapat ku kecapi kebahagiaan yang hakiki suatu hari nanti...


Aminn...