Friday 30 November 2012

MADAH BUAT WANITA

*  *  *

dear insan yang bergelar wanita...



*  *  *  


Jangankan lelaki biasa, 
Nabi pun sunyi tanpa wanita. 
Tanpa mereka...,
Fikiran dan perasaan lelaki akan menjadi resah.
Masih mencari walau ada segalanya, 
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok itu,
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus..... 
Mana mungkin kayu yang bengkok 
Menghasilkan bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah S.W.T 
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.

Didiklah mereka dengan panduanNya,
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta,
Kerana nantinya mereka akan liat.
Janganlah butakan mereka dengan kecantikan,
Kerana nantinya mereka menderita. 
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal.
Disitu punca kekuatan dunia..!


No comments:

Post a Comment