Wednesday 30 March 2011

INFO KESIHATAN

Assalamualaikum u ollz ^_^

pe kabo hr nie...? sehat...?? 
bgus la kalo sehat... 
kalo x sehat tu.... 
p la mkn ubt eik.. :)
smlm.. 
aku bc majalah WANITA ... 

aku tertarik kt satu info nih..... 
nk tau tak info ttg ape??? 
meh cni..... 
aku kongsi eik.....
 ^_^

5 AMALAN SIHAT YANG SALAH

Tidak semua usaha dan amalan sihat 
yang anda lakukan selama ini 
merupakan cara yang tepat.. 
Terdapat beberapa amalan sihat 
yang sering diamalkan didapati SALAH... 
dan boleh 
MEMBAHAYAKAN 
kesihatan...
Berikut adalah beberapa amalan yang dikatakan SALAH... 


*  *  *

1. MENGHINDARI MATAHARI

Tubuh memerlukan Vitamin D untuk 
membuat tulang 
agar tetap sihat dan mencegah penyakit 
dengan meningkatkan sistem kekebalan 
tubuh badan kita. 
Satu-satunya cara untuk mendapatkan vitamin D 
adalah melalui pendedahan terhadap cahaya matahari.
Oleh sebab itu,
 tidak perlu takut 
dengan cahaya matahari.
 Cuba dapatkan paparan matahari 
SEBELUM 
jam 10 pagi 
dan
 satu-satunya bahagian tubuh yang perlu 
SELALU 
dilindungi adalah 
WAJAH...





2. MENGGUNAKAN SABUN ANTI BAKTERIA

Sabun dan gel antibakteria 
memang praktikal 
untuk dibawa 
di dalam beg tangan atau kenderaan anda, 
namun
 JANGAN TERLALU TAKSUB
 dengan sanitasi 
kerana
 ia boleh melemahkan 
kemampuan tubuh 
untuk melawan bakteria.. 
SEBENARNYA
 mencuci tangan dengan menggunakan 
air hangat dan sabun selama 20 saat 
juga mampu melindungi anda daripada kuman...





3. BERGANTUNG KEPADA PENGHAWA DINGIN

Setelah keluar berpanas di luar rumah, 
pastinya lebih menyamankan 
bila dapat berehat di ruang yang mempunyai penyaman udara..
tetapi 
jangan DUDUK SEHARIAN
 di ruang berhawa dingin. 
Ini kerana,
 ruang berhawa dingin mengandungi mengandungi
 PERTIKEL DEBU.
Oleh itu, setiap beberapa jam, 
cubalah MATIKAN penghawa dingin anda 
dan buka tingkap untuk menikmati udara segar.
 Cuba berjalan-jalan di luar dan menghirup udara segar. 
Jika anda bekerja di pejabat yang tiada tingkap,
 bawalah baju hangat 
untuk menjaga suhu tubuh 
ketika keluar dari pejabat.


4. MAKAN MAKANAN ORGANIK

Makanan organik seperti 
buah-buahan dan sayur-sayuran 
memang MAHAL...
Namun,
 makanan ini sebenarnya juga 
belum benar-benar masak..
TIDAK PERLU
makan makanan organik 
untuk menjadi sihat.. 
Anda boleh sahaja 
pilih makanan 
buah-buahan SEDERHANA 
seperti rendah gula, natrium dan karbohidrat olahan.



5. OLAHRAGA BERLEBIHAN

Tubuh dan fikiran 
tidak memerlukan LEBIH dari 3-4 kali 
latihan kardio selama 
30 hingga 45 minit 
seminggu..
 TIDAK PERLU olahraga yang berat, 
tetapi
 anda juga boleh 
MEMPELBAGAIKAN 
olahraga versi santai, ringan dan menyenangkan 
seperti renang, tenis, golf ataupun senamrobik...








*dipetik daripada majalah mingguan wanita & gambar yg disertakan hanya lah untuk hiasan semata2 ^_^




thats all for today
sekian, terima kasih 

^_^




moral value : berdietlah tanpa rasa TERTEKAN ^____^ 

No comments:

Post a Comment